RSS

Profil Pusat Sumber SMK Permatang Tok Jaya

Pusat Sumber SMK Permatang Tok Jaya Filed Under:
Pengenalan

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
PSS SMK Permatang Tok Jaya, Butterworth terdiri daripada 6 unit utama merangkumi

Perpustakaan
Pusat Sumber Siber
Pangkalan Sumber Media
Bilik Media 1
Sudut Bacaan
Program NILAM


PSS digerakkan oleh organisasi yang mantap terdiri daripada JK Induk, JK Kerja, JK Pengawas PSS dan JK Kelab PSS. Setiap unit mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan PSS dapat beroperasi dengan sempurna dan lancar.

VISI
PSS Dunia Ilmu

MISI
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan rujukan serta media yang berkualiti bagi memenuhi keperluan semua warga sekolah

Perpustakaan
Perpustakaan SMKPTJ merupakan unit terpenting PSS. Perpustakaan ini terletak di Tingkat 3. Ruang bacaannya seluas 6 bay dan boleh menampung 60 orang pembaca serentak pada satu-satu masa. Koleksi bahan cetak amat banyak, melebihi 12 ribu naskhah buku, kamus, ensaiklopedia, jurnal, brosur, atlas, biografi, buk skrap, buletin, keratan akhbar, prospektus dan sebagainya sama ada dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Lebih 5 majalah dilanggan setiap bulan dan 3 akhbar harian dilanggan setiap hari persekolahan.

Perpustakaan dibuka setiap hari persekolahan dari jam 7.30 pagi hingga 4 petang. Guru-guru dan staf sokongan boleh menggunakan perkhidmatan perpustakaan pada bila-bila masa, manakala pelajar boleh menggunakan perpustakaan semasa waktu rehat dan selepas sekolah. Guru-guru juga digalakkan membawa pelajar menggunakan perpustakaan semasa proses P&P. Pengguna perpustakaan akan berpeluang menggunakan perkhidmatan perpustakaan yang lebih sistematik, cekap dan lancar dalam sedikit masa lagi.


edit post

0 Responses to "Profil Pusat Sumber SMK Permatang Tok Jaya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...