Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Syukur ke hadrat Ilahi kerana laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, Butterworth telah mengorak langkah seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat. Laman web yang interaktif dan info terkini mampu menarik pengunjung melayarinya. Komunikasi maya ini amat penting kepada semua sebagai penghubung dunia maklumat yang tidak bertepi. Namun, penggunaanya perlu disaring supaya maklumat yang menyeluruh dan meluas ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Tahniah kepada semua warga kerja atas usaha murni ini bagi menjadikan SMKPTJ terpahat di persada maya.Wasalam Selayang pandang: sekiranya semua pokok di dunia ini dijadikan pen dan lautan sebagai dakwatnya, belum habis ilmu Allah s.w.t diterokai.